skbeladin.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skbeladin@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Unit ICT SK Beladin |

DOA SEKOLAH

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjatkan kesyukuran atas segala rahmat dan nikmatMu.

Bersempena dengan ini, kami memohon inayah dan taufikMu Ya Allah. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan serta kesihatan jasmani dan rohani kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan daripada guru-guru yang kami kasihi. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Kami memohon dengan kudrat dan iradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam perjuangan kami untuk menimba ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Zal Jalali Wal Ikram.

Jadikanlah sekolah kami sebuah sekolah yang sentiasa mendapat limpahan rahmat dan nikmatMu Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami keamanan dan kemakmuran agar dapat kami belajar dengan tenang sepanjang zaman.

Disediakan Oleh:

Panitia Agama Islam SK Beladin.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: